SaNG pENc!nTa ILaH!..

"...CiNta paDa bUnGa,BunGa aKan LaYu.. cInTa paDa mAnuSia,ManUsIa aKan MaTi.. tAp!,cInta PaDa Allah,aDaLah c!nTa yAnG kEkaL aBaDi..."

Saturday, September 18, 2010

jALinKaN ukHuWWah aNtAra kiTA...

Hari ni merupakan hari raye yang ke 5.Hurm,malam sebelumnya tu, tetibe je tangan ni terasa gatal-gatal je nak telefOn sorang sahabat KKNC ni ha..ehm,,

tapi identiti dirahsiakan la..ehehe.Bukan pe pOn telefOn..saje je nak 'test market' kata orang..ahaks! lalu nombor yang tertera di kaca mobil di dial..

" tut tut...tut tut...." Owh x dapat upenye..ntah kenapa line malam tu..

erm, then amik keputusan juz send sms je la..

"salam...kak ???...,esok nak p ziarah umah sahabat2 x?bOsan r duk umah ni.."

lame menunggu.....mesejku berbalas jugak...

"wslm,,erm,su..esok kite p raye umah yatie,ema n tiha..nak x?kak nim p amik..

boleh?"



"Okeh,nati sy gtaw mushi ek..ajak die skali..papehal sy gtaw balik eyh.."

balasku..ringkas dan bersahaja..

Nak dijadikan cerita..itulah permulaannya yang menyebabkan sy dan kawan-kawan akhirnye keluar jugak umah pada hari raya ke 5 tu..Bukan pe niatnya..juz

nak menjalinkan ukhuwwah supaya lebih erat lagi..ehehe..



Dalam sedang menunggu kuih-muih di hidangkan..sempat jugak teringat kat satu artikel ni haa...:


Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri



Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.



Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya Aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarahi sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq berkata dalam Kitabnya Fiqh Al-Sunnah :“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.”


Hurm,,teringat lak kat firman Allah dalam surah Al Jumu'ah yang bermaksud:


“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).”



Begitulah Allah menyeru kita sebagai hambaNya untuk bertebaran di Bumi pinjamanNya untuk mencari rezeki yang halal serta mencari sebanyak mana amalan untuk dijadikan sebagai bekalan bagi menemuiNya kelak.


Walaupun Allah memerintahkan kita untuk bertebaran di muka Bumi ini,namun perlu kita ingatkan bahawa kita masih perlu menjaga akhlak,kelakuan dan batas-batas dalam pergaulan seharian kita sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat.


Kita tidak dilarang sama sekali untuk bergembira pada hari yang saya kira memang semua umat Islam merayakannya seperti firman Allah yang dinyatakan seperti di atas.Walau bagaimanapun, kegembiraan yang kita rasa itu janganlah di serlahkan sehingga menampakkan kejahilan kita dalam agama kita.Dalam erti kata yang lain,janganlah kita bergembira pada tahap yang melampaui batas-batas yang telah diajar dan telah digariskan dalam agama kita yakni ISLAM.

Buat teman seperjuangan yang senantiasa mencintai jalan dakwah,teruskan usaha kalian untuk terus menjadi dai'e walaupun dengan hanya menyampaikan sepotong ayat seperti yang disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Sampaikanlah Dariku walau sepotong ayat.."

Hadith di atas amat jelas sekali menyeru kita untuk berdakwah iaitu dengan menyampaikan ajaran Nabi kepada orang lain walaupun dengan hanya sepotong ayat yang mana siapa tahu mungkin akan mengubah nasib,rezeki atau pendirian seseorang,insyaAllah...

Teringat kata-kata perangsang oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman:

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi

dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman.

Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap

sesuatu yang baik untuk akhirat anda,

membantutkan semangat.

Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

Wallahua'lam...














Labels:

KeGemBirAaN DikOnGsi bErSaMa..

Salam kepada semua. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini,khususnya kepada sedara mara terdekat dan juga sahabat-sahabat seperjuangan..Pada kali ini,ingin saya berkogsi sedikit pengalaman dan kegembiraan yang saya kira semua umat Islam merasainya bila mana ketika itu anak bulan sudah pun kelihatan dan tarikh di kalendar bertukar kepada 1 Syawal..



Satu perasaan halus telah wujud dalam diri saya sejak pulang ke kampung untuk bersama-sama dengan keluarga bagi menyambut hari yang mulia,eidul fitri.Entah kenapa,perasaan yang amat sukar ditafsirkan.Namun,saya berasa cukup senang dengan perasaan tersebut.



Hari raya pertama,kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di rumah bersama-sama sanak-saudara yang tak terkira ramainya.Penat jugak melayan tetamu nih!apepun rasa gembira dan bersyukur lebih mengatasi perasaan letih tersebut.







Di kesempatan ini juga, saya ingin berkongsi satu artikel yang pada saya dapat menambah pengetahuan para pengunjung blog ini supaya kita sama-sama dapat beramal dengannya,insyaAllah.Harap-harap bermanfaatlah untuk semua yep??=)



Lafaz Ucapan Selamat Pada Hari Raya Aidilfitri



Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin”. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi saw adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair ra dalam Kitab Fath Al-Bari :



“Apabila para sahabat Rasulullah saw bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”



Mandi Pada Pagi Hari Raya



Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke masjid. Ali bin Abi Thalib ra pernah ditanya mengenai mandi : “Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab : Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”

(Riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i)





Makan Sebelum Solat Aidilfitri



Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab dalam Kitab Fath Al-Bari :



“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.”



Kebiasaannya, Rasulullah saw akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan).



Anas bin Malik ra berkata :“Rasulullah saw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma. Murajja bin Raja berkata : Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata : Rasulullah saw memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (Riwayat al-Bukhari)



Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.




Memakai Pakaian Yang Indah



Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafi’i berkata dalam Kitab Al-Umm :“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”



Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafi’i menambah :“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.”



Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita.



Sabda Rasulullah saw :“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.”(Riwayat al-An-Nasai)



Maaf-Memaafkan antara satu sama kita


Para pengunjung yang budiman, di hari yang mulia ini marilah sama-sama kita bermaaf-maafan sesama kita.Kita buka lembaran hidup yang baru.Jika kita selama ini bergaduh,berperang atau bermusuh-musuhan sesama kita,waktu inilah yang saya kira paling baik dan sesuai untuk kita maafkan kesalahan masing-masing.Sedangkan Nabi kita,Muhammad S.A.W mengampunkan umat baginda.Inikan kita hanya Hamba Allah ynag hina dina ini.Kita lupakan apa yang buruk dan ambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang telah berlalu. Bak kata pepatah Melayu,"Buang Yang Keruh,Ambil Yang Jernih".






Labels: