SaNG pENc!nTa ILaH!..

"...CiNta paDa bUnGa,BunGa aKan LaYu.. cInTa paDa mAnuSia,ManUsIa aKan MaTi.. tAp!,cInta PaDa Allah,aDaLah c!nTa yAnG kEkaL aBaDi..."

Saturday, September 18, 2010

KeGemBirAaN DikOnGsi bErSaMa..

Salam kepada semua. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini,khususnya kepada sedara mara terdekat dan juga sahabat-sahabat seperjuangan..Pada kali ini,ingin saya berkogsi sedikit pengalaman dan kegembiraan yang saya kira semua umat Islam merasainya bila mana ketika itu anak bulan sudah pun kelihatan dan tarikh di kalendar bertukar kepada 1 Syawal..



Satu perasaan halus telah wujud dalam diri saya sejak pulang ke kampung untuk bersama-sama dengan keluarga bagi menyambut hari yang mulia,eidul fitri.Entah kenapa,perasaan yang amat sukar ditafsirkan.Namun,saya berasa cukup senang dengan perasaan tersebut.



Hari raya pertama,kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di rumah bersama-sama sanak-saudara yang tak terkira ramainya.Penat jugak melayan tetamu nih!apepun rasa gembira dan bersyukur lebih mengatasi perasaan letih tersebut.







Di kesempatan ini juga, saya ingin berkongsi satu artikel yang pada saya dapat menambah pengetahuan para pengunjung blog ini supaya kita sama-sama dapat beramal dengannya,insyaAllah.Harap-harap bermanfaatlah untuk semua yep??=)



Lafaz Ucapan Selamat Pada Hari Raya Aidilfitri



Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin”. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi saw adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair ra dalam Kitab Fath Al-Bari :



“Apabila para sahabat Rasulullah saw bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”



Mandi Pada Pagi Hari Raya



Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke masjid. Ali bin Abi Thalib ra pernah ditanya mengenai mandi : “Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab : Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”

(Riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i)





Makan Sebelum Solat Aidilfitri



Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab dalam Kitab Fath Al-Bari :



“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.”



Kebiasaannya, Rasulullah saw akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan).



Anas bin Malik ra berkata :“Rasulullah saw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma. Murajja bin Raja berkata : Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata : Rasulullah saw memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (Riwayat al-Bukhari)



Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.




Memakai Pakaian Yang Indah



Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafi’i berkata dalam Kitab Al-Umm :“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”



Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafi’i menambah :“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.”



Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita.



Sabda Rasulullah saw :“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.”(Riwayat al-An-Nasai)



Maaf-Memaafkan antara satu sama kita


Para pengunjung yang budiman, di hari yang mulia ini marilah sama-sama kita bermaaf-maafan sesama kita.Kita buka lembaran hidup yang baru.Jika kita selama ini bergaduh,berperang atau bermusuh-musuhan sesama kita,waktu inilah yang saya kira paling baik dan sesuai untuk kita maafkan kesalahan masing-masing.Sedangkan Nabi kita,Muhammad S.A.W mengampunkan umat baginda.Inikan kita hanya Hamba Allah ynag hina dina ini.Kita lupakan apa yang buruk dan ambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang telah berlalu. Bak kata pepatah Melayu,"Buang Yang Keruh,Ambil Yang Jernih".






Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home