SaNG pENc!nTa ILaH!..

"...CiNta paDa bUnGa,BunGa aKan LaYu.. cInTa paDa mAnuSia,ManUsIa aKan MaTi.. tAp!,cInta PaDa Allah,aDaLah c!nTa yAnG kEkaL aBaDi..."

Thursday, September 2, 2010

BEtUL kE aDE maLaM yG LEbiH baIk Dr sEriBu buLaN??

Assalamu'alaikum wbt...
Salam Ramadhan buat semua pelawat dan pembaca yang budiman...Haa,,kawan2,betul ke ada malam yang lebih baik dari seribu bulan??Hurm,,Ramadhan da hampir ke penghujungnya..Jika kita hitung..Tak sampai 10 ari pun lagi Ramadhan nak meninggalkan kita..Sedih dan sayu rasanya..Tapi,hidup,amalan dan perjuangan mesti diteruskan..Dalam sepuluh malam ni jugalah kita akan bertemu dengan malam seribu bulan..Sahabat2 mesti dah boleh agak kan??


Lailatul Qadar....Apa itu Lailatul Qadar??Macam pernah dengar je..Haa,,dengar saje2 tak jadi apa-apa sahabat..JOm kita beramal dengannya..


Makna Lailatul Qadr

Lailatul Qadr adalah malam diturunkannya al-Quran oleh Allah Ta’ala. Namun begitu terdapat beberapa makna malam lailatul qadr berdasarkan pendapat para ulama seperti berikut.
Pertama: maknanya adalah malam keputusan; atau malam penetapan. Dinamakan demikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala menetapkan perintah-Nya yang Dia kehendaki, berupa kematian, ajal, rezeki dan lainnya sampai malam Al-qadr tahun berikutnya. Ini pendapat Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair.
Kedua: maknanya adalah malam kemuliaan. Dinamakan demikian kerana keagungannya, dan kemuliaannya. Ini pendapat az-Zuhri dan lainnya. Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian kerana perbuatan-perbuatan ketaatan pada malam itu memiliki nilai yang agung dan pahala yang banyak.


Abu Bakar al-Warraq berkata: “Dinamakan demikian kerana orang yang tidak mempunyai kemuliaan dan keutamaan akan mendapatkannya, jika dia menghidupkan malam tersebut.” Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala menurunkan Kitab (al-Quran) yang memiliki kemuliaan, kepada Rasul (Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam) yang memiliki kemuliaan. Pendapat lain menyatakan, kerana pada malam itu para malaikat yang memiliki kemuliaan dan kepentingan turun ke bumi. Pendapat lain menyatakan, kerana pada malam itu Allah Ta’ala menurunkan kebaikan, barakah dan ampunan.
Ketiga: maknanya adalah malam yang sempit. Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Ini dinyatakan oleh al-Khalil. (Lihat semua keterangan di atas dalam Tafsir al-Qurthuby surat al-Qadr).


Cukuplah sebagai keutamaannya bahawa lailatul qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Allah berfirman (yang ertinya): “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (QS. al-Qadr 1-3). Kebanyakan ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah suatu amalan yang dilakukan pada malam itu lebih baik daripada amalan yang dilakukan seribu bulan yang tidak ada lailatul qadr padanya. Ini dikatakan oleh Mujahid, Qatadah, as-Syafi’i, dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, al-Qurthuby, as-Sa’di dan lainnya dalam surat al-Qadr).

Oleh kerana itulah lailatul qadr merupakan malam yang diberkati. Allah Ta’ala berfirman (yang maksudnya):“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS ad-Dukhan 1-6).

Bermaksud:(1)Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar,(2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?(3)Malam Lilatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan(4)Pada malam itu,turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,kerana membawa segala perkara(yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikut;(5)Sejahteralah malam(yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Maksud dan fokus ayat di atas diperkuatkan lagi dengan satu Hadis Nabi yang bermaksud: "Sesungguhnya,bulan ini(Ramadhan) telah datng kepada kamu,dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada segala amalan yang dilakukan selama seribu bulan.Sesiapa yang kehilangan malam itu,sesungguhnya ia kehilangan semua kebaikan.Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu melainkan orang yang diharamkan(tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.

(Riwayat Ibnu Majah)


Persiapan menghadapi Lailatul Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku dalam masa 10 hari terakhir Ramadhan.Sahabat-sahabat,walaupun Lailatul Qadr itu telah ditetapkan ketentuannya pada malam yang ganjil,namun haruslah kita meneruskan ibadah kita dengan ikhlas dengan tidak berselang seli dan memilih hari yang ganjil untuk mendapat malam tersebut kerana Allah lebih mengetahui orang-orang yang ikhlas.

Bilakah waktu sebenar Lailatul Qadr?

Ia berlaku pada setiap tahun.Bukan hanya pada waktu ia diwahyukan dan pada ayat tersebut diturunkan sahaja.Pertama,ia berlaku pada waktu Ramadhan.Kedua,kebanyakan ulama' berpendapat bahawa Lailatul Qadr itu berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.Ini pendapat yang paling rajih(absah).Ketiga,ia berlaku pada malam-malam yang ganjil iaitu 21,23,25,27, dan 29 ramadhan.




Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr.

#Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr

#Lailatul qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan selama seribu bulan.


#Para Malaikat dan Roh diturunkan pada malam tersebut.


#Sejahtera malam itu hingga terbit fajar(hingga waktu subuh)


#Ibadah perlu jujur,ikhlas,konsisten dan iltizam sepanjang masa.



Kenapa Lailatul qadr berlaku pada akhir 10 malam??

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,inilah kelebihan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Setelah 20 hari berpuasa,manusia mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingkat kesedaran yang tinggi serta "momentum" yang cukup untuk tinggikan "gear" dalam amalan kita.Malaikat turun pada malam tersebut hingga terdorong orang-orang mukmin umtuk melakukan ibadah dengan izin Allah dan merasai sejahtera dan selesa hingga waktu pagi.


Amalan pada malam tersebut.
.



Dalam sebuah hadis,Aisyah Radhiallahu 'anha berkata: "Ya Rasulullah,bagaimana kalau saya bertemu dengan Lailatul Qadar?Apa yang harus saya ucap pada malam itu?"Baginda bersabda:Ucapkanlah"Ya Allah,kami bermohon kepadaMu,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,suka Mengampuni(hamba-hambamu),maka ampunilah (dosa-dosa)kami." (Riwayat Tirmizi,Nasa'i,Ibnu Majah dan Ahmad)




Doa lain yang baginda baca adalah seperti berikut yang bermaksud:"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di Akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." [Al-Baqarah:2:201]






http://www.youtube.com/watch?v=g5Gho919JaA/

Metos Dalam Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadar

Sahabat,menemui Lailatul Qadar tidaklah pada tanda-tanda fizikal.Hanya Allah jualah yang mengetahui sesiapa yang dianugerahkanNYA merasai pada malam tersebut.Tiada siapa yang tahu bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam tersebut.Antara kejadian pelik yang dijadikan mitos berkait dengan Lailatul Qadar adalah seperti:






**Air sungai berhenti mengalir


**Pepohon menunduk


**Bekunya air


**Pokok sujud ke bumi


**Ufuk langit merah

Sebenarnya,pengalaman merasai malam tersebut ini tidaklah dapat dirasai dan dialami oleh pancaindera.Kalaupun ianya berlaku,ia adalah kebetulan dan ketentuan Allah semata-mata.Oleh itu,rebutlah peluang untuk beramal pada 10 malam terakhir tanpa melihat tanda-tanda fizikalnya.



Petanda berlakunya Lailatul Qadar

Semua petanda yang dinyatakan dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar dihuraikan kerana tiada tanda yang spesifik dan berfokus.
Petanda pada waktu malam menurut riwayat Imam Ahmad Ibnu Hambal "Tandanya adalah langit bersih,terang bagaikan bulan sedang purnama,tenang,tidak dingin dan tidak pula panas.." Hadis ini menepati dengan tanda keadaan ketika Lailatul Qadar yang sejahtera,tenang dan damai.

Petanda pada waktu pagi selepas Lailatul Qadar pula diriwayatkan oleh Imam Muslim,Abu Daud dan At-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bi Ka'ab yang bermaksud:"Tanda kehadiran Lailatul Qadar ialah matahari pada waktu pagi (kelihatan) putih tanpa sinar(nya)". Apakah yang dimaksudkan di sini Matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi??Wallahua'alam...



Secara kesimpulannya,dapatlah saya simpulkan bahawa setiap fakta berkaitan dengan malam Lailatul Qadar adalah perkara pokok dan menjadi keutamaan dalam sistem kepercayaan Islam dan mesti diyakini sepenuhnya.Kita mesti berusaha dengan sepenuh keusahaan dalam menggapai malam tersebut dengan menghidupkan malam tersebut dengan amal ibadat kepada Allah seperti berzikir,bertasbih,bertaubat,bermuhasabah,bersolat dan sebagainya.Alangkah ruginya mereka yang lalai dengan perkara2 duniawi sahaja duhai sahabat sekalian,tanpa dia sedari bahawa Ramadhan hampir berlalu meninggalkannya dan Lailatul Qadar pula melepasi dirinya yang hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri.Wa na'udzubillahi min zalik,Ya Allah!

Maka,dengan itu..Ayuh sahabat sekalian!"Buka mata,buka minda.."
~SemOga bermanfaat.. ~Selamat beramal=)

Wassalamu'alaikum Warahmatullah....



























































Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home