SaNG pENc!nTa ILaH!..

"...CiNta paDa bUnGa,BunGa aKan LaYu.. cInTa paDa mAnuSia,ManUsIa aKan MaTi.. tAp!,cInta PaDa Allah,aDaLah c!nTa yAnG kEkaL aBaDi..."

Friday, December 17, 2010

KEsihAtAn mEnurUt IsLAm

Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan...yang mana islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal.Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah..sabda nabi s.a.w :

Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(hr Bukhari )

Dan sabda nabi lagi: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah ( hr muslim )
Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keyakinan( keimanan ) ...
Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w:
"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan ( iman )
(hr ibnu majah).

Perlu jga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan...nabi s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat...sabda nabi s.a.w :

"Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat "
( hr bukhari )

Dalam satu peristiwa..orang arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat? maka sabda nabi : ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat .Sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja..maka mereka bertanya, apakah penyakit itu?
Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua"
(hr Ahmad)

Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bg penyakit yg belum ditemui laggi.Diantara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba...Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini( perubatan ) berdasarkan sabda nabi :

" Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal- hal keagamaan maka rujuklah kepadaku
( hr Ahmad dan muslim )



Labels:

LAuGhtEr iS OnE Of thE bEst mEd!cinES..riGht??

LAWAK 1:

MENANTU HANTU..

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

***Kah..Kah..Kah..

LAWAK 2:

RASA NAK MUNTAH...

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya."Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut."Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek."Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

***Kah..Kah..Kah..

LAWAK 3:

PENCULIK...

Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.

Ibu: (takut).. hello...

Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????

Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..

Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..

Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...

Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....

Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....

Noname: Apa??

Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...

Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...

Ibu: (malu)......

***Kah..Kah..Kah..

Labels:

PerGh..vErY SLurrPy!!!

RESEPI 1: TOMYAM SEAFOOD


Bahan-bahan:

100g isi ayam ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air
stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)

Cara Penyediaan

1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.

HASILNYA..Ni haaa...



RESEPI 2: SuP AYAM

Bahan-bahan:

½ ekor ayam
4 ulas bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia – hiris nipis
2 biji kentang
1 batang lobak merah
Lada sulah secukup rasa
Sedikit daun sup – potong halus
Sedikit minyak untuk menumis
6 cawan air

Cara penyediaan:

Panaskan api, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang dan halia hingga naik bau.Masukkan ayam, kentang, lobak dan lada sulah. Tutup periuk dan biarkan ayam separa masak.Masukkan air dan biarkan mendidih.Tutup api setelah ayam dan sayur telah empuk. Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

HASILNYA..Ni Haa..





RESEPI 3: SOtO AyAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam direbus

Bahan-bahan A ( Untuk kuah soto):

3 sudu ketumbar

1 sudu jintan manis

1 sudu jintan putih

2 biji buah keras

3 batang serai

1 inci halia

1 inci lengkuas

10 biji bawang kecil

5 ulas bawang putih

# Kesemua bahan ini dikisar halus

Bahan lain

Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih.

Cara membuat

Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kemudian, masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga garing. Masukkan pula air rebusan ayam. Lalu dimasak sehingga mendidih.

Cadangan hidangan

Boleh disediakan dengan nasi impit, bihun atau mee. Lebih menarik selera jika dihidangkan dengan sedikit tauge, bawang goreng, daun sup, bergedil dan ayam yang disiat kecil ( ayam yang direbus tadi)

HASILNYA...Ni Haaa...





Labels:

Thursday, December 9, 2010

Buih Cinta Kepada Tuhanku Allah

Hari-hari yang ku lalui penuh dugaan. Sebagai pelajar agama , dugaan 'Virus Merah' menjadi salah satu faktor aku bermuram durjana. Pergi ke sekolah dengan keadaan tidak selesa dan muka masam mencuka. Kawan-kawanku ada juga yang bertanya. Pernyataan mereka tidakku jawab. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah rahsia.Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, sehingga senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku , entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.

Hal-hal cinta ini semakin rancak apabila umurku 15 tahun. Kata orang umur 15 tahun memang zaman mencuba. Tapi adakah aku perlu mencuba bercinta? Sesekali soalan itu menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebagai seorang remaja, sememangnya soalan sebegitulah yang menemaniku setiap hari. Namun ku biarkan tanpa jawapan.

Seawal tingkatan 4, aku mengenali seseorang. Pastinya dia adalah seorang lelaki. Saat itu aku rasa duniaku berbunga-bunga. Seperti 'Aku Yang Punya' . Oh, indahnya cinta. Aku mula mengenalinya. Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat. Akhirnya, dia meluahkan perasaan. Tanpa pengetahuan yang begitu mendalam, aku solat hajat banyak-banyak, minta ketenangan. Tapi, keresahan yang ku dapat. Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, ku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?


**********


Tahun berikut:

Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar). Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama'.

Ku belek buku setebal 2 inci itu, dan membaca. "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM? Berdosa besar?". Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Desis hatiku. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.

**********
Esoknya.Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan send.Antara isi emel tersebut :

Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan rasulnya menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulnya maka sungguhlah di a telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab 33:36)

Ku tundukkan wajah, tanda puas. Keredhaan Allah mesti aku cari.Selama 2 jam duduk berbalas Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cuma kafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.

********



2 hari selepas itu.Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan! Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:

"Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak"

Aku dan keluarga berangkat ke majlis ilmu yang berlangsung di Kelantan. Kami sampai di rumah jam 11 malam. Oh, penat. Adik-adikku semuanya sudah tidur dibuai mimpi. Aku yang masih belum menunaikan solat Isyak, cepat-cepat menunaikanya. Ku sentuh dahiku. "Oh, masih demam lagi rupanya". Sesudah solat Isyak, aku duduk diantara dua sujud, dan berdoa, kemudian mengaminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada tuhan aku pohonkan.

Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang maha pengasih lagi mengetahui tentang diriku. Hamba seperti fakir miskin yang meminta diberikan sedekah. Sungguh hina diri hamba di hadapanmu ya ALLAH. Ampuni segala dosa-dosa hamba. Ampuni segala dosa kedua ibu bapa hamba. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat. Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam nerakamu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para walimu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah padamu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi. Amiin Ya Rabbal Alamin...

Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah : Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, ku merasa belum sempurna ibadahku. Ku membuka buku Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama ku menunaikan solat sunat hajat. Kemudian, ku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam, Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya. "Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini".

************


Pada rakaat pertama, ku mulakan bacaan. Bacaanku tartil hari itu. Tajwid yang elok. Ku bangun, untuk rakaat kedua. Ku mulakan dengan Al-Fatihah, air mata ini tidak dapat ku tahan, kerana terasa kesyahduan solat malam kemudian ku membaca Surah Al-Asr. Ketika mengalunkan bacaan, terasa kakiku seperti ditarik. Tiada siapa yang mendengar pekikanku. Hanya Allah subhanahu wataala sahaja. Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang.
Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.
Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini. Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Ku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah. Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh tuhanku.
Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya.

Labels:

PuDinG jAGunG deNgaN cOcktAiL buAh..

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah..Maha Suci Allah..
Alhamdulillah..Segala Puji bagi Allah..
Allahu Akbar..Allah Maha Besar..


Ya Allah..cuti kali membuka ruang dan peluang kepadaku untuk berada di rumah kelahiranku dan juga berada di samping keluarga tercinta.Alhamdulillah..
Namun,ia juga bermakna telah mendorong untuk membuka seleraku bagi mencuba pelbagai jenis juadah yang terlintas di benakku bagi melunaskan "hutang makan" ketika berada di negeri orang sekaligus membantu 'membesarkan' badan..ahaks!
Selera kali ni lebih kepada makanan simple tp amat menyelerakan .Masakan tidak,bau saja boleh kecur airliur kot!ahaha..
Tentu dah x sabar nak tahu kan..haa..ni dia resepi tuk membuatnya..Eih,ape tu??
Baiklah...Mempersembahkan....



PuDinG JaGunG YaNg Tak PasTi SeDap ke TAk...^^

Bahan-bahannya;

*Tepung Kastard 1 cawan
*Air Masak 5 cawan
*Susu Cair (Optional) 1 tin
*Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
*Gula Pasir ½ cawan
*Garam 1 sudu kecil





Cara Membuatnya;


Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus! Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
Setelah itu masukkan ke peti sejuk.


KUAH BUAH-BUAHAN (Kuah Cocktail)



Bahan-bahannya;


*Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
*Susu Cair 1 tin
*Gula Pasir 4 sudu besar
*Garam ½ sudu kecil
*Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
*Air Masak ikut kesesuaian


Cara Membuatnya;


Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kecil. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.


NOTA TAMBAHAN


#Seeloknya kemanisan puding hanya “manis-manis buah” sahaja sebab ia akan dilumuri oleh kuah buah-buahan yang melengkapkan rasanya yang sebenar – manis, sedikit masam buah dan berkrim susu.

#Kesan penggunaan SUSU CAIR dalam membuat puding ialah ia akan memberikan tekstur yang lebih lembut, warna putih susu dan rasa “lemak”.

#Jika SUSU CAIR tidak digunakan, puding akan lebih menonjol warna kekuningan, teksturnya rapuh dan kurang “lemak”.

#Puding yang dijual di pasaran terutamanya di pasar malam atau pasar ramadhan tidak menggunakan SUSU CAIR kerana faktor kos. Namun jika anda suka rasa yang begitu, so jangan letak SUSU CAIR la. No problem punya!

#Fungsi TEPUNG JAGUNG dalam bahan membuat KUAH BUAH-BUAHAN ialah untuk memekatkan kuah itu. Jika merasa tidak perlu atau tidak suka, jangan letak. Tiada masalah!

#Anda boleh tambah buah-buahan seperti anggur, potongan kecil tembikai susu, betik, pic dsb.

#Memang perlu waktu yang lama untuk memasak puding yang baik. Anda juga terpaksa menghadapi kepanasan kerana harus mengacau secara terus-menerus hingga adunan menjadi LIKAT DAN BERKILAT. Tapi itulah THRILL dan ADVENTURE membuat puding! Jika ikhlas, di situlah terletak “barakah” untuk diri anda dan diri sesiapa yang memakannya, insyaAllah!

#Saya pernah mendengar,ade yang berkata; jika sedang memasak bacalah surah Al-Kautsar dan berdoalah untuk orang-orang yang kita sayangi yang kita sedang memasak untuknya. InsyaAllah akan memberikan kebaikan kepada yang memasak dan juga orang yang memakannya. Paling baik untuk keharmonian persaudaraan dan kekeluargaan. Semoga anda dan orang-orang yang anda sayangi akan hidup berbahagia di dunia dan juga di akhirat.

~Selamat mencuba..Jangan lupe bace bismillah dulu ea^^











Labels:

Sunday, December 5, 2010

hAkikAt pErtUnAnGAn

 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Sebenarnya, pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan. (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran.

Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang bertanggungjawab, beramanah serta rajin beribadah.

Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga.

 

Dalam tempoh bertunang ini adalah disarankan, pasangan bertunang supaya mencari ilmu rumah tangga, kewangan dan pengurusan rumah tangga, kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan.

Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat. Malah, bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati.

Dari Jabir bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu melamar perempuan, jika ia bisa memandang bahagian tubuhnya yang menarik untuk dinikahi, hendaknya ia lakukan." Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan perawi-perawi yang dapat dipercaya. Hadits shahih menurut Hakim.

Bermakna,sekadar lihat muka dan tangan,hati telah terdetik untuk menikahi, maka lamarlah dia untuk dijadikan isteri. Harus melihat bakal suami dan isteri malah disunatkan melihat berulang-ulang kali.Hal ini supaya mereka berpuas hati dengan pilihan yang dibuat dan untuk mengelakkan sebarang penipuan.Anggota yang sunat dilihat ialah muka dan tapak tangan.Muka melambangkan kecantikan.Tangan menunjukkan kesuburan.Perhubungan orang yang bertunang masih dikira sebagai hukum ajnabi(orang asing).

 


Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan, seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis.

Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia, berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin.

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat." Riwayat Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

Mahu tidak mahu, pasangan perlu menerima hakikat jika ikatan pertunangan yang diharap ke jinjang pelamin terputus. Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin, kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan bertunang boleh memutuskan pertunangan.

Bagaimanapun, pasangan yang bertunang tidak digalakkan membatalkan pertunangan demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya. Bagi kes putus tunang secara tidak munasabah, pihak berkenaan berhak menuntut ganti rugi di Mahkamah Syariah.

Mengenai pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan, jika seseorang sudah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir perlu memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.

Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya.

Dari segi akhlak, pasangan bertunang digalakkan tidak membatalkan pertunangan mereka kecuali tidak dapat dielakkan dan mendesak, demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya.

Maka tidak seharusnya seseorang lelaki atau perempuan itu mengubah fikiran untuk membatalkan pertunangan kerana itu dianggap memungkiri janji. Hakikatnya, pembatalan pertunangan bukan haram tetapi tidak digalakkan syariat Islam.


 

Labels:

Saturday, December 4, 2010

Naik harga bukti ekonomi negara tenat

KOTA BHARU,4 Dis: Harga petrol dan diesel yang naik bermula hari ini masing-masing 5sen untuk seliter, membuktikan ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tenat.

Sambil melahirkan rasa dukacita di atas perkara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut meminta kerajaan menarik balik slogan kerajaannya ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kerana kenaikan harga minyak termasuk gula tidak menggambarkan ciri-ciri itu.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan majlis khatam perdana Dun Chempaka di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik), di sini hari ini.

Tuan Guru turut berkata, pengumuman projek yang bakal dilaksanakan rakyat hanya ‘gula-gula’ untuk bersiapan pilihan raya umum yang akan datang.

“Hakikatnya kerajaan tidak ada duit, tetapi untuk mencanangkan kepada rakyat seluruhnya mereka masih mampu, terpaksa mencanangkan projek itu dan projek ini.

“Apa yang pasti bila harga minyak naik, bukan setakat gas dan gula sahaa akan naik, sebaliknya barang-barang keperluan utama lain juga akan naik,” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya harga gula naik, rakyat boleh dinasihati agar kurangkan menggunakan bahan berkenaan.

“Tetapi kalau harga minyak naik, apa kita nak tipu rakyat lagi? Bandingkan dengan kerajaan lain?, ianya tidak sama sebab kita pengeluar minyak,” ujarnya lagi.

Sambungnya, akibat kenaikan harga minyak juga, gejala sosial seperti merompak, mencuri semakin berleluasa kerana ingin mendapatkan dana dengan cara mudah bagi menampung keperluan harian.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya menilai kemampuan kerajaan BN hari ini khususnya di bawah Najib yang semakin bermasaalah khususnya berkaitan ekonomi.

“Rakyat perlu menghukum kerajaan ini, khususnya pada pilihan raya umum nanti, itu saja caranya,”ujarnya.

Seramai 85 kanak-kanak mengikuti program khatam berkenaan. Sebanyak RM30 ditanggung oleh Dun Chempaka untuk seorang kanak-kanak, RM20 lagi ditanggung keluarga sendiri.

Beliau turut berkata, berkhatam mula diikuti oleh orang bukan Islam kini kerana mereka yakin ianya untuk kebersihaan

“Ini bererti Islam dah berjaya menunjukkan perkara yang betul hingga diikuti oleh bukan Islam,” ujarya lagi.

Sumber dari: http://www.harakahdaily.net/v2/

Labels:

KOLEKSI KEK

KEK PISANG

Bahan-bahan:

250 gram gula

500 gram tepung gandum

2 biji telur

1 sudu maka susu

½ sudu teh garam

1 cawan pisang lenyek – pisang masak

1 sudu teh baking soda

1 sudu teh serbuk penaik

½ cawan mentega

Cara penyediaan:

Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.Masukkan telur yang telah dipukul sedikit diikuti susu dan pisang lenyek.Masukkan tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam. Putar/kacau hingga mesra dan tuangkan ke dalam loyang roti/kek yang telah digris dengan mentega.Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana sehingga masak, anggaran selama sejam. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek masak.Sedia untuk dihidangkan panas-panas atau sejuk. Sedap dimakan bersama aiskrim atau sos kastard.

KEK MARBLE MILO

Bahan-bahan:

250g mentega
1 ½ cwn tepung
1 cwn gula caster
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
3 sudu besar serbuk milo - campur sedikit air dan dijadikan pes

Cara Penyediaan:

1) Putar mentega dan gula dengan menggunakan electric mixer sehingga putih.
2) Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Putar hingga kembang.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dgn senduk kayu pun boleh juga.
4) Ambil sebahagian dari adunan tadi, campurkan dengan pes milo tadi.
5) Tuang ke dlm dulang pembakar secara berselang seli. Bakar selama 50minit.

KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahan :-

1lb mentega
6 biji telur
3/4 susu manis
2 gelas omo gula pasir
5 gelas tepung gandum }2 kotak mixfruit } digaul bersama-sama2 sdt baking powder }
2sedikit vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan :-

Pukul telur dgn gula hingga kembang.Susu dan mentega dipukul hingga sebati.Baru masukkan dalam adunan telur.Pukul lagi hingga rata.Masukkan buah, tepung dan baking powder.Masukkan juga vanilla dan pewarna.Kukus selama 4 jam.

KEK BATIK



Bahan-bahan:
1 buku mentega
1 kg Biskut Merry (1 keping biskut merry dibelah – belah 4 / 6)
4 sudu Gula( ikut manis yg disukai )
Serbuk Koko secukupnya
1 tin Susu Pekat/cair
3 biji Telur


Cara Penyediaan:
Panaskan mentega didalam kuali, bila dah cair masukkan gula sampai cair lepas tu masukkan telur, Susu pekat / cair then masukkan serbuk koko dan milo kacau sampai naik bau sedap then masukkan biskut merryGaul sampai mesra.last sekali masukkan dalam bekas / loyang tekan – tekan sampai mampat dah suam / sejuk baru masukkan dlm peti ais.
~Selamat Mencuba!~

Labels:

Friday, December 3, 2010

Allah wOn't ask......buT wiLL aSk....


Allah won’t ask what kind of car you drove,

but will ask how many people you drove who didn’t have transportation
Allah won’t ask what your highest salary was,
but will ask if you compromised your character or morals to obtain that salary
Allah won’t ask the square footage of your house,
but will ask how many people you welcomed into your home
Allah won’t ask about the fancy clothes you had in your closet,

but will ask how many of those clothes help the needy
Allah won’t ask about your social status,
but will ask what kind of class you displayed
Allah won’t ask how many material possesions you had,
but will ask if they dictated your life
Allah won’t ask how much overtime you work,
but will ask if you worked overtime for your family and loved ones
Allah won’t ask how many promotions you received,
but will ask how you promoted others
Allah won’t ask what your job title was,
but will ask if you performed your job to the best of your ability
Allah won’t ask what you did to help yourself,
but will ask what you did to help others
Allah won’t ask how many friend you had,
but will ask how many people to whom you were a true friend
Allah won’t ask what you did to protect your rights,
but will ask what you did to protect the right of others
Allah won’t ask in what neighborhood you lived,
but will ask how you treated your neighbors
Allah won’t ask about the color of your skin,

but will ask about the content of your character
Allah won’t ask how many times your deeds matched your word,
but will ask how many times they didn’t




Labels: