SaNG pENc!nTa ILaH!..

"...CiNta paDa bUnGa,BunGa aKan LaYu.. cInTa paDa mAnuSia,ManUsIa aKan MaTi.. tAp!,cInta PaDa Allah,aDaLah c!nTa yAnG kEkaL aBaDi..."

Saturday, December 4, 2010

Naik harga bukti ekonomi negara tenat

KOTA BHARU,4 Dis: Harga petrol dan diesel yang naik bermula hari ini masing-masing 5sen untuk seliter, membuktikan ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tenat.

Sambil melahirkan rasa dukacita di atas perkara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut meminta kerajaan menarik balik slogan kerajaannya ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kerana kenaikan harga minyak termasuk gula tidak menggambarkan ciri-ciri itu.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan majlis khatam perdana Dun Chempaka di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik), di sini hari ini.

Tuan Guru turut berkata, pengumuman projek yang bakal dilaksanakan rakyat hanya ‘gula-gula’ untuk bersiapan pilihan raya umum yang akan datang.

“Hakikatnya kerajaan tidak ada duit, tetapi untuk mencanangkan kepada rakyat seluruhnya mereka masih mampu, terpaksa mencanangkan projek itu dan projek ini.

“Apa yang pasti bila harga minyak naik, bukan setakat gas dan gula sahaa akan naik, sebaliknya barang-barang keperluan utama lain juga akan naik,” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya harga gula naik, rakyat boleh dinasihati agar kurangkan menggunakan bahan berkenaan.

“Tetapi kalau harga minyak naik, apa kita nak tipu rakyat lagi? Bandingkan dengan kerajaan lain?, ianya tidak sama sebab kita pengeluar minyak,” ujarnya lagi.

Sambungnya, akibat kenaikan harga minyak juga, gejala sosial seperti merompak, mencuri semakin berleluasa kerana ingin mendapatkan dana dengan cara mudah bagi menampung keperluan harian.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya menilai kemampuan kerajaan BN hari ini khususnya di bawah Najib yang semakin bermasaalah khususnya berkaitan ekonomi.

“Rakyat perlu menghukum kerajaan ini, khususnya pada pilihan raya umum nanti, itu saja caranya,”ujarnya.

Seramai 85 kanak-kanak mengikuti program khatam berkenaan. Sebanyak RM30 ditanggung oleh Dun Chempaka untuk seorang kanak-kanak, RM20 lagi ditanggung keluarga sendiri.

Beliau turut berkata, berkhatam mula diikuti oleh orang bukan Islam kini kerana mereka yakin ianya untuk kebersihaan

“Ini bererti Islam dah berjaya menunjukkan perkara yang betul hingga diikuti oleh bukan Islam,” ujarya lagi.

Sumber dari: http://www.harakahdaily.net/v2/

Labels:

Tuesday, June 22, 2010

"Syarikat Yahudi dilayan, hak rakyat Kelantan dinafi.."

KOTA BHARU, 22 Jun: Cuba anda bayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sanggup membayar RM77 juta kepada warga Yahudi melalui syarikat APCO Worldwide, sedangkan hak rakyat Kelantan mendapat royalti RM2 bilion dinafikan.Bayaran hampir RM80 juta itu hanya untuk tiga orang, sedangkan hak 1.4 juta rakyat Kelantan mendapat royalti petroleum diketepikan begitu sahaja.Lebih dibimbangi lagi apabila banyak syarikat milik kerajaan mengalami kerugian besar seperti Sime Darby berjumlah RM1.6 bilion dan aliran tunai Felda pula susut sebanyak RM2.7 bilion dalam tempoh lima tahun.



Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran diberi kepada APCO sebanyak RM77 juta merupakan deposit dan tidak termasuk bayaran lain, sedangkan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan disisihkan.Katanya, beliau juga bimbang wang ihsan yang diberi kerajaan pusat melalui jawtankuasa khas yang diwujudkan digunakan pula bagi mengurus Yayasan Darul Naim bagi mencapai matlamat politik Umno dan BN.Menjawab soalan tambahan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dun hari ini katanya, tidak dapat ditolak kemungkinan wang ihsan yang diberi sebelum ini digunakan yayasan tersebut."Buat apa tubuh Yayasan Darul Naim, kita bimbang pengurusan wang ihsan itu boleh berlaku penyelewengan seperti dialami banyak syarikat milik kerajaan sebelum ini," katanya.



Sebelum itu berlaku perang mulut di antara Husam dan Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) apabila beliau mempertikai ungkapan Exco terbabit yang menyifatkan mahkamah di Malaysia seperti 'mahkamah kangaroo'.Isu itu tumbul apabila Husam menjawab soalan Adun BN terbabit dengan mengatakan kerajaan negeri tidak tergesa-gesa membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah kerana prosesnya seperti diketahui ramai seperti mahkamah kangaroo.Ketika beliau memberi contoh seperti kes bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan kes pita video V.K Lingam biar pun ada suruhanjaya ditubuh kerajaan bagi menyiasat namun tiada tindakan lanjut diambil.Adhan cuba mengemukakan peraturan deewan nombor 28 ketika Husam terus menghujah mengenai perjalanan mahkamah di negara ini.Ketika itu berlaku perang mulut sehingga Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim campur tangan dan mengarahkan berkali-kali Adhan supaya duduk namun tidak dihiraukan pada awalnya.Kemudian bangkit Hassan Mahmood (PAS-Tawang) yang meminta Speaker membenarkan Adhan membaca peraturan nombor 28, namun Timbalan Speaker meminta Adun terbabit membacanya.Ketika Hassan membacanya tidak pun didapati kaitan peraturan dewan dengan apa yang dihujahkan Husam.
Ekoran itu Adun Tawang menyimpulkan Adhan sebagai pembohong kerana cuba menggelirukan dewan.


Husam juga meluahkan kebimbangan Petronas sebagai konglomerat besar milik kerajaan hilang wibawa apabila pecah kontrak dengan kerajaan Kelantan apabila menafikan hak ke atas royalti."Penjelasan Presiden Petronas kononnya Kelantan tidak berhak mendapat royalti 5 peratus kerana telaga carigali terletak lebih 3 batu nautika tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petronas 1974."Sedangkan Telaga Kikeh di Sarawak terletak 210 batu nautika, Tapis di Terengganu 230 batu nautika, dan Bumi Selatan di perairan Kelantan hanya 90 batu nautika. Mengapa Sarawak dan Terengganu dapat royalti, sedangkan Kelantan lebih dekat tidak."Kita bimbang tindakan kerajaan boleh merosakkan identiti Petronas ketika sedang berusaha keras melobi untuk meluaskan peluang perniagaan di luar negara," katanya.Husam juga menjelaskan pasukan peguam yang dilantik sedang mengkaji kemungkinan untuk memfailkan kes yang sama di luar negara memandangkan operator carigali yang terlibat di perairan Kelantan milik syarikat asing..





~diPet!K dr HarakahDaily.Net~





p/s: Beginilah sahabat apabila negara dipimpin oleh orang2 yg x berilmu..

^Renung2kan..dan selamat beramal..^

Labels: