RAhsiA mEmOtOnG kUkU..
Sekurang-kurangnya, setiap minggu kita pasti meluangkan masa untuk memotong kuku. Ini disebabkan Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan diri. Walaupun memotong kuku dilihat seperti suatu ibadah yang remeh, namun ada kaedah-kaedah yang tertentu yang perlu kita ketahui.
RASULULLAH SAW BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada :
Hari Sabtu
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tetapi ada kaedahnya.Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kitayang perlu kita hormati. Misalnya kerat kuku ada adabnyaselain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga unsur tanah. Bukannya tong sampah sekalipuntong sampah itu bersih. Lagi satu, mulakan kerat kuku itu mulaidengan Bismillah dan selawat Nabi saw dan kerat mulakan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali, ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.Begitulah indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajar.Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.
Wallahua'lam...
Labels: Tips
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home