SaNG pENc!nTa ILaH!..

"...CiNta paDa bUnGa,BunGa aKan LaYu.. cInTa paDa mAnuSia,ManUsIa aKan MaTi.. tAp!,cInta PaDa Allah,aDaLah c!nTa yAnG kEkaL aBaDi..."

Thursday, December 9, 2010

PuDinG jAGunG deNgaN cOcktAiL buAh..

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah..Maha Suci Allah..
Alhamdulillah..Segala Puji bagi Allah..
Allahu Akbar..Allah Maha Besar..


Ya Allah..cuti kali membuka ruang dan peluang kepadaku untuk berada di rumah kelahiranku dan juga berada di samping keluarga tercinta.Alhamdulillah..
Namun,ia juga bermakna telah mendorong untuk membuka seleraku bagi mencuba pelbagai jenis juadah yang terlintas di benakku bagi melunaskan "hutang makan" ketika berada di negeri orang sekaligus membantu 'membesarkan' badan..ahaks!
Selera kali ni lebih kepada makanan simple tp amat menyelerakan .Masakan tidak,bau saja boleh kecur airliur kot!ahaha..
Tentu dah x sabar nak tahu kan..haa..ni dia resepi tuk membuatnya..Eih,ape tu??
Baiklah...Mempersembahkan....



PuDinG JaGunG YaNg Tak PasTi SeDap ke TAk...^^

Bahan-bahannya;

*Tepung Kastard 1 cawan
*Air Masak 5 cawan
*Susu Cair (Optional) 1 tin
*Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
*Gula Pasir ½ cawan
*Garam 1 sudu kecil





Cara Membuatnya;


Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus! Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
Setelah itu masukkan ke peti sejuk.


KUAH BUAH-BUAHAN (Kuah Cocktail)



Bahan-bahannya;


*Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
*Susu Cair 1 tin
*Gula Pasir 4 sudu besar
*Garam ½ sudu kecil
*Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
*Air Masak ikut kesesuaian


Cara Membuatnya;


Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kecil. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.


NOTA TAMBAHAN


#Seeloknya kemanisan puding hanya “manis-manis buah” sahaja sebab ia akan dilumuri oleh kuah buah-buahan yang melengkapkan rasanya yang sebenar – manis, sedikit masam buah dan berkrim susu.

#Kesan penggunaan SUSU CAIR dalam membuat puding ialah ia akan memberikan tekstur yang lebih lembut, warna putih susu dan rasa “lemak”.

#Jika SUSU CAIR tidak digunakan, puding akan lebih menonjol warna kekuningan, teksturnya rapuh dan kurang “lemak”.

#Puding yang dijual di pasaran terutamanya di pasar malam atau pasar ramadhan tidak menggunakan SUSU CAIR kerana faktor kos. Namun jika anda suka rasa yang begitu, so jangan letak SUSU CAIR la. No problem punya!

#Fungsi TEPUNG JAGUNG dalam bahan membuat KUAH BUAH-BUAHAN ialah untuk memekatkan kuah itu. Jika merasa tidak perlu atau tidak suka, jangan letak. Tiada masalah!

#Anda boleh tambah buah-buahan seperti anggur, potongan kecil tembikai susu, betik, pic dsb.

#Memang perlu waktu yang lama untuk memasak puding yang baik. Anda juga terpaksa menghadapi kepanasan kerana harus mengacau secara terus-menerus hingga adunan menjadi LIKAT DAN BERKILAT. Tapi itulah THRILL dan ADVENTURE membuat puding! Jika ikhlas, di situlah terletak “barakah” untuk diri anda dan diri sesiapa yang memakannya, insyaAllah!

#Saya pernah mendengar,ade yang berkata; jika sedang memasak bacalah surah Al-Kautsar dan berdoalah untuk orang-orang yang kita sayangi yang kita sedang memasak untuknya. InsyaAllah akan memberikan kebaikan kepada yang memasak dan juga orang yang memakannya. Paling baik untuk keharmonian persaudaraan dan kekeluargaan. Semoga anda dan orang-orang yang anda sayangi akan hidup berbahagia di dunia dan juga di akhirat.

~Selamat mencuba..Jangan lupe bace bismillah dulu ea^^











Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home